Followers

Tuesday, May 17, 2011

I miss My Family..very much

Hari ni nak cuba wat ARTWORK lagi..tapi nak berkarya dalam penulisan pulak..hihi

Tidak perlu dikuis-kuis gambaran dulu,
tidak perlu digamit-gamit kenangan dulu,
tidak perlu dicakar-cakar ingatan dulu,
usah risau memori dahulu akan menjelma tanpa dirayu..

Sebuah kebahagiaan yang suci itu,
sukar untuk dilupakan begitu sahaja,
walaupun kemarau melanda berabad lamanya,
walaupun taufan menjelma menyapu segalanya,
namun ia tetap harum bagai mewangi bunga
Selagi keimanan masih bertakhta di dada...

keluargaku..
daku rindu padamu..
jahil jika daku melupakanmu..

keluargaku..
maafkanlah daku,
jika dikejauhan ini ada keabaian dariku..

keluargaku..
walaupun kini jarang berkumpul bersatu
ku mohon keluargaku tabah mengharungi onak liku..

keluargaku..
kupinta kepadamu
teguhkan keimanan terhadap Allah yang satu
kerna itu yang membolehkan kita di berkati dan Direstu..

Keluargaku...
tidak ada puisi indah dapat ku syahdukan
melainkan ungkapan betapa ku rindu dan sayang padamu...

No comments:

Post a Comment

Text