Followers

Tuesday, December 4, 2012

Cover Album Wedding Photography

Assalamualaikum & hye..
This time Classic custom album design from me.. ^.^

Majlis perkahwinan ni di Kelantan.. Dorang sangat sweet n malu-malu miaww..hehehe

Pakej yang ditawarkan untuk wedding photography ni boleh dirunding, harga murah2 je siap dengan pakej print ataupun softcopy..pasti memuaskan.. 

prinsip saya design tak kedekut, amik gambar tak lokek.. buat yang terbaek utk memori anda dan untuk hasil kerja saya..

Sebarang pertanyaan boleh ditanya, di comment, atau hubungi saya terus di emel yang tertera mahupun boleh call je terus..
okay,, assalamualaikum..tata

Monday, November 26, 2012

Photography _ Amrul & Farhana Cover Custom Album_Wedding

photography wedding

 Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang diberikan Allah S.W.T.. 
Sepasang kekasih telah diijabkabulkan menjadi pasangan suami isteri yang sah.. Semoga Allah melimpah kurniakan keberkatan kepada pasangan suami isteri ni menuju kehidupan keluarga al- jannah.. Imamnya bernama Amrul Amin dan makmumnya bernama Nur Farhana.. Majlis resepsi ini berlangsung di Keramat, Kuala Lumpur..

Sangat seronok dapat bekerjasama dengan pasangan pengantin dan Tuan rumah iaitu Tuan Haji Aminuddin. Thanks bebanyak kepada Tuan Haji sebab memberikan kesempatan ni untuk saya dan partner saya mendapatkan pengalaman lagi dalam beridea dalam rencah dunia photography ni..
Panjang umur dan jika ada rezeki kita jumpa lagi yaa..maybe masa tu you all dah ada baby..hehe

Yeaa.. siap jugak cover custom album saya ni.. bukan takda masa nak buat tapi tak pandai nak curi masa sebelum ni..hehe Saya akan curi-curi masa lagi untuk edit yang selanjutnya., nak buat bisnes ni tapi banyak halangan sekarang.. adehh bukan bagi alasan laa tapi kenyataan.. takpe slow2 kayuh, kumpulkan kuderat dan kelengkapan and then pergi menjelajah dan rangkul peluang yang ada ^.^..
Doakan saya berjaya dan sentiasa kretif yaa and if you dont mind, please support me yaa..thanks
hehehe  =)



















Tuesday, November 20, 2012

Photography kat Zoo

04 NOVEMBER 2012
Nie adalah koleksi tangkapan saya..meh jenguk-jenguk..
Okay tak? hehe

Sexi takkkk????



Lumba lari dengan Zirafah ada peluang tak nak menang?



Unik, ada pink.. Warna pink tergolong dalam warna semula jadi jugak ^.^



Gajah



Moment Love.. Brani mamat cina ni kasi makan kat gajah ni..Pisang kecil..



Burung apakah ini ea?



Rusa kan ni? Bukan kancil..hehe ke kancil? hehe



Best Married Of The Year



TIGER !!!



I Love This Picture ! ^.^



Pak Belang Tanda Kawasan



Jom lariii laju2, tak perlu terbang deras2..hehe

Sunday, November 18, 2012

Zoo Negara ^.^


Zoo Negara Malaysia is managed by the Malaysian Zoological Society, a non-governmental organization established to create the first local zoo for Malaysians. Zoo Negara is now 48 years old and has matured into a well-known zoo all around the world. We have a total of over 5446 specimen from 476 species of mammals, birds, reptiles, amphibians and fish.

Zoo Negara covers 110 acres of land which is situated only 5km from the city of Kuala Lumpur. Over the years, the zoo has transformed itself to an open concept zoo with over 90% of its animals being kept in spacious exhibits with landscape befitting its nature. We are working in making sure that the old zoo concept is changed entirely. (copy & paste ni)

Assalamualaikum..

 Date : 04 November 2012
 Waktu : Petang
 Cuaca : Panas, Mendung, Hujan teruss...hehe

Hari ni saya nak practise shoot gambar taw..nak tawu siapakah modelnya? Tentunya haiwan-haiwan di  Zoo Negara..hehehe
Haiwan-haiwan kat zoo comil-comil lah..geram ooo..tapi hujan pulak, tanah jadi basah..huiyooo, bau najis-najis naek tuuu...rasa macam kenal je bau-bau tu, mesti kepunyaan gajah, kancil, lembu dan sebagainya..hehehe
Alhamdulillah, dapat jugak saya praktis tangkap gambar, tangkap gambar semua orang boleh tapi nak dapatkan moment dan pic terbaik agak susah taw sbb kena masukkan beberapa elemen dalam gambar tersebut supaya menarik hasilnya termasuk tone warna, kedudukan subjek atas komposisi garisan, fokus, cahaya, dll.  Saya nak cakap pun tak reti sebab dalam proses pembelajaran lagi ni..

Bila dah pergi zoo tiba-tiba terpikir semula, Kat dunia ni, ternyata bukan kita je taw makhluk Allah tapi ada makhluk-makhluk lain lagi termasuk yang tergolong dengan panggilan haiwan atau pun binatang. Allah telah bersabda bahawa sebaik-baik kejadian adalah kejadian ciptaan manusia..yang diberikan otak dan akal untuk berfikir..yang diberikan kewajiban untuk mengikuti perkara yang benar iaitu suruhannya dan yang diberikan larangan iaitu perkara-perkara yang batil agar kita menjauhinya..





 Cuba teka ni kai saper? hehehe cantikan ...sexyyyyy!!!



Wahai adik-adik, ni la Zirafah..tinggiiiii ooooo  (0.0)


Cun tak? Pink , Putih , Itam ^.^


Besarrrrrrrrrrr ooo gajah ni...!!


Here-here Jimbo.. Take this ! Aummm


Kesepian bersama bayangan..cewahhhhh..hehehe


Pelik masa ni sebab haiwan dalam gambar tu tengok ku masa nak amik gambar, taknak bergerak pun..


Best Of Couple This Year At Zoo Negara.. Hehehehehe


 Nie koleksi gambar yang saya tangkap yang saya rasa sonok tengok hasilnya sebab dapat amik mimik muka Pak Belang ngah berkerut..naseb baek tak leh rekod suara skali..sebab masa ni Pak Belang ni tgh mengaum taw..


Ni la Hariamau Belang Malaysia taw.. Pak Belang!!!
Cantik tak?


 Ngauuummmmm!!! Pak Belang cek kawasan dia ni..


Tentera burung tengah berjalan nak rebut makanan ni..isaw saya dirempuh..

Nak selit cikit gambar cek ni..hehehehe


 Nampak cool sikit tak? hehehe Rock Bebeh ! Yeahh


 Sempat lagi berposing dengan cik zirafah belakang sana..hehe

Sampai sini dulu lah, hurm tunggu-tunggu..nak bagi pesanan dan idea sikit.. bagi korang yang dah berkahwin dan dan mempunyai anak, luangkanlah masa bersama mereka dan keluarga.. sekali sekala bawak la datang sini, bagi anak-anak mengenali haiwan dan melihat rupa sebenar haiwan..tengok dalam tb je tak sama dengan depan-depan mata taw..korbankan sikit je wang ringgit, bagi kanak-kanak RM6, bagi dewasa RM 20..warga emas RM6 jugak..rasa malas nak bayar untuk dewasa, apalagi, nyamar je la jadi warga emas..make up putih2 berkedut kat muka dgn bongkok sikit..confirm lepas..hehehe
 nak hebat lagi try g Zoo Taiping, lagi mencabar..jalan pun luas dan panjang lagi.. Safary Night pun ada..hehehe (promote Taiping, maklumlah anak kelahiran Taiping, banyak kali dah g sana taw, best) Zoo Negara pun best jugak ^.^


Thursday, November 1, 2012

Raya Haji Outdoor 2012 (28.10.2012)


haryatie1989
Sibling
haryatie1989
Nak buat Love ni...tgk betoi2..jadi dah ni..hihihi

haryatie1989
Ada rahsia di antara kami ^.^

haryatie1989
Cheer.. ^.^

haryatie1989
He is a Kamarul Asman ( My Brother)

Merah gitu..hehe

haryatie1989
Miss Secret Finger

haryatie1989
Posing2..hehe


haryatie1989
Muhammad Adhwa (My younger brother)

haryatie1989
Puan Zaimatun Asmah (my LOvely mom)

Assalamualaikum...
Selepas puas makan daging korban di rumah, sampai rasa nak pitam kepala sebab kuwat makan sup dengan ngunyah2 daging yang lazat dimasak ibu..mana taknya, sup gear box versi daging korban..daging pun segar lagi..memang mengancam..setahun sekali makan gitu..mak aiiiiiiii, gatal idung terus bila dah makan, maklumla musim resdung skg..hehehehe..raya hari jumaat..sabtu baru makn sup daging..jadi keesokannya tu hari ahad kan? kami outing dulu..
 My abang la, ajak kuar pegi Lake Garden pulak pagi-pagi..Di sebabkan dah lama tak  pegi jadi jooooommmmm!!!! lagi pun malam nak balik ke KL dah..praktikal esok..

 Sampai-sampai kat Lake Garden kan, jumpa artis.. pergggghhhhh sexi tuuuu..!
Tapi saya kata, "xpayah bergambar dgn artis tu, sexi sangat".. Pastu abang sambung "dorang wat shooting filem la, tebal benorrrr dia make up"hehehe
nama artis tu dirahsiakan, tak penting pun...nasib baik family saya bukan jenis gila artis, tapi kalau aeron aziz atau asraf muslim kat situ, saya yang exited nak bergambar dengan dorang, (marah bini2 dorang nt) hehehehe

Lepas tu, kami masuk ke halaman kehijauan, amboiiiiii!!!! dorang galak posing suruh saya tangkap gambar.. Tangkap je la.. Alhamdulillah, keindahan Lake Garden masa tu masih indah..takde kekongtangan macam hari tu..rumput pun basah2 lagi..segar je rasa.. Saya rasa nak bawak orang-orang di sekeliling saya yang disayangi datang menikmati keindahan alam kat Lake Garden ni, tak percaya datangla sendiri tengok.. Ada pakcik jual aiskrim, beli n makan sambil nikmati aroma Tasik kat situ..memang asyik.. ~~~~~~~

Family saya jenis yang spoting dan open minded tapi garang jugak..orang utara kalau tak garang tu susah la nak cari..tapi bagus taw, ramah dan tegas..baru la stabil hidup..hari-hari bergurau senda,kalau tak ngusik memang tak sah..hehe tapi hari-hari jugak tegas bila dalam menjalankan tanggungjawab.. that my family.. =) 

Hari tu, saya terpikir, apa yang kita ada sekarang tak akan berlanjutan sampai masa akan  datang, mungkin semakin berkurang dan mungkin semakin bertambah..tiada yang kekal melainkan hanya Allah SWT.. begitu juga dengan kegembiraan hari-hari yang berlalu..tiada yang kekal, perkara yang masih diingati akan menjadi memori dalam kehidupan.. kesedihan tak akan berkekalan, kebahagiaan tak akan berpanjangan..hakiki Allah yang menjadi kebenaran..
Saya mencari kebahagiaan di dunia, dan mengejar bekalan untuk akhirat..
Saya mengharapkan dari Allah agar memberikan kebahagiaan kepada family saya dan golongkan mereka dalam golongan orang-orang yang beriman semasa hidup dan masa akan datng nanti..aminn...

Kita semua mesti sayangkan family kita kan, hargai mereka.. kalau tak pandai nak tunjukan depan mata, luahkan pada Allah dan berdoa pada Allah tentang kesihatan dan kehidupan mereka.. tahu tak, berdoa ketika lapang adalah satu amalan yang baik..tak yah tunggu derita baru nak berdoa.. =)
Ada peluang bersama family, try jadi terbaik dan seramah mungkin taw =)
okay.. assalamualaium..

Tuesday, October 23, 2012

The Red Warrior (Trible)


My Sharing Diary -->>  20.10.2012 di Stadium Shah Alam

Score pada pukul 11.30 mlm





Ni penyokong-penyokong dari Kelantan dan tepat sekali student Universiti Malaysia Kelantan.

Saya duduk tgk bola dengan dorg sekali. Dorang datang konvoi naek bus UMK, untungla..hehe
Dari bawah kiri dikenali sebagai AmirAdli, Mat yie, Wey, Somad, Mat Yoe, Pok le, dn Munsyi..

UMK TRW
Haa,,ni wakt mula-mula masuk dalam perkarangan luar stadium..masih awal lagi..jadi kumpul-kumpul dulu..Terasa bangga dapat pegang banner UMK..


 Tanggal 20.10.2012 merupakan pengalaman pertama saya memasuki stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak. Sebelum ni masuk stadium sbb olahraga je..free je pun..hehe..ni masuk kena bayar sbb nak tgk bola la katakan..Tambahan pula pada hari tu merupakan perlawanan akhir di antara pasukan Angkatan Tentera Malaysia melawan Kelantan (The Red Warrior). 

Alhamdulillah kejayaan memihak Kelantan..Kelantan berjaya mengharungi perlawanan tersebut dengan mengumpul jaringan 3 biji gol berbalas 2. Walaubagaimanapun, pasukan ATM memberi saingan yang mantap pada malam tersebut.. Satu perlawanan yang terbaik dari yang terbaik.. Tak jemu malam tu tengok sbb dua-dua pasukan tangkas dan bersungguh-sungguh maen dan tak seperti sebelum ni..

 Sangatlah exited bila dapat masuk stadium, pandangan pertama nampak warna merah je semua..kalau ada lembu, mengamuk sakan lembu dan tentunya lembu tu seronok dapat tanduk dan sondol ramai orang..hehehehe


Paling dinanti-nanti adalah dengar sorakan penonton..waw!!! syokkk ooo..dorang wat ombak2 sama2 tak kira la dari pasukan mana pun..takde gaduh-gaduh malam tu..dan sorak sama2 mcm wat tarian afrika pun ada sbb maen angkat-angkat bendera sama-sama.. tapi saya xde la bendera..just tengok sambil sengih2 je..memang hoobi suka tengok gelagat orang ^.^

Ehh lupa pulak nak bagi taw, tiket RM40.. agak mahal laa tapi dapat tempat duduk atas tangga je..mana aciiiiiii..balik umah jenoh dok tonyoh suar jeans yang dipakai mlm tu..yakkkk! kotor bangat sehhhyy!! 

Papepun, memang best,,apa yang paling saya seronok sebab bila asar dan magrib, ada penyokong Kelantan bergilir-gilir g solat taw..benda tu yang penting, keseronokan dicari dan kewajiban tetap dijalani.. Islam itu indah..tak melarang umatnya berhibur dan islam itu fleksibel, boleh solat di mana-mana sahaja asalkan menepati syarat-syarat tertentu.. Berbaloi perlawanan malam tu.. Balik umah tido dengan nyenyak dan penat tu ada jugak tapi siap mimpi player2 TRW lagi.. ^.^


Nak bagi pesanan, kalau korg nak masuk stadium atau pegi ke tempat-tempat yang ramai orang macam ni, pastikan beg duwit, hset dan barang keperibadian di jaga dan disimpan molep taw..banyak orang yang nak cuba tektik-tektik mengambil barang orang lain dalam situasi macamni...dan kepada sesiapa yang nak anak-anak kecil dorang ikut ke tempat-tempat sesak macamni, pastikan korang tambat tangan ank korang sebabb kesian pulak saya tengok ada budak-budak yang hilang, nanges sampai kuar2 lelehan hingus,,adoiiiiiii..
okay, maju sukan untuk negara.. =)

Sunday, August 19, 2012

Pesan Abah kepadaku (^.^)

Assalamualaikum..
Hari ni berlalulah satu syawal.. Salam Lebaran.. Maaf zahir batin..
Hari ini juga, saya teringat kata-kata abah kepada saya pada dua hari lepas..
bukan setakat kata-kata je tapi PESANAN ABAH PADA RAMADHAN 2012..

Masa tu kan , 17.08.2012..lagi dua hari nak raya..
Saya pegi shopping dengan abah taw..masa dalam kereta tiba-tiba abah kata,

      Abah : Nor, kita hidup mesti ada rasa dan nak kahwin kan..bila dah sampai masa pikir betul-betul.
      Aku : uhh???
      Abah : Abah lelaki, abah tawu lelaki perangai macamana..
      Aku : Maksudnya? nape tiba-tiba je ni abah?
      Abah : Ingat pesan abah ni, bila dah jumpa seseorang tu, buat istiqarah terutama kalau dia nak teruskan               
                  dengan perkahwinan. Ingat buat istiqarah dan mintak petunjuk Allah dulu samada pilihan tu tepat    
                 dan terbaek untuk Nor. Allah pasti tunjuk jalan.. =)
       Aku : Hari tu pernah wat skali abah... errrrrr ..okay abah..
       Abah : Pastikan lelaki tu suka dan sayang bukan setakat perkahwinana tahun pertama je..tapi lepas ke   
                   anak cucu masih sayang dan suka lagi..Selalunya ada lelaki suka waktu tahun pertama je..Suka  
                   kejap-kejap je..tak matang..Cari yang tak mudah bosan dan nak jaga Nor sepanjang hayat.
       Aku : Laki selalunya camtu ea abah??
       Abah : Tak semua la macamtu.. Cari macam abah, nampak ganas di luar tapi baek di dalam..hehe
       Aku : Okay abah..hukhukhuk
      Abah : Berbincang dulu, bagi dia benarkan Nor berkerja..Nor kena bayar duwit ptptn. Tak boleh  
                 harapkan suami bayarkan kecuali kalau dia nak bayar..Kalau Nor tak bekerja bila dah ada anak  
                  nak bersekolah, masa tu , laki akan rasa beban. Kalau rasa tanggungjawab tu beban mula la nak 
                  merungut dan ungkit ungkit..Kecuali kalau dia gaji beribu-ribu dan mampu nak sara Nor dan 
                  suruh Nor dok umah je..Faham?
        Aku : paham abah..
        Abah : Paling penting pastikan dia solat..baru rumahtangga aman dan berkat.. Yang kaki merapu tu tak 
                    payah la kawan.. Nanti seronok kat dunia je, buat apa sbb tu semua kejap je, pinjaman..
        Aku : baek abah =)
        
 Lepastu sampaila dekat Maybank, sebelum beli barang kena la jumpa bank dulu..heheheheh =P
Abah, terima kasih sebab terbuka berikan nasihat dan bercerita dekat Nor yaa.. sayang abah..
Thanks for everything.. Jangan risau yee,, InsyaAllah Nor akan jadi seorang isteri yang solehah dan bekerjaya.. Apabila berkahwin nanti cinta Agung hanya pada Allah dan akan Nor berbakti cintakan suami serta keluarga sepanjang hayat..amin..

I LOVE YOU DAD


Tuesday, August 14, 2012

Salam Lebaran 2012 (MixDigital Painting)


Bismillahirahmanirrahim..
Dah lama saya tak berkarya..rasa dah teruk sangat skill n pengetahuan..
Betul la org2 kata bila dah tawu sesuatu dan ada pengalaman harus amalkan dan jangan tinggalkan, nanti lupa pulak..



ni editing ala-ala nk buat digital painting..banyak kali dah nk buat, tapi agak kemalasan..
Bila dah ada tujuan baru rasa ringan sikit nak mencuba..
kepada sesiapa yang mengenali saya, di sini saya NOR HAYATI BT ABD RAMAN,
ingin memohonnnnn beribu-ribu ampun dan maaf dari segi luaran dan dalaman..



dari sudut zahir dan batin..saya tawu saya banyak kesilapan dan kesalahan yang dilakukan secara sengaja dan tidak terniat tanpa disengajakan selama menjadi manusia yang senantiasa mencari kebenaran..
Kepada yg membaca dan kepada sesiapa sahaja, tolong sampai-sampaikan yaa,,saya mintak maap banyak2.. Halalkan makan minum serta apa2 saja..tapi yg hutang yg sy janji nk bayar, insyaAllah sy akan bayar tggu masa..hehehe Andai sy pergi dulu, masa tu diharapkan tiada setitik pun kebencian dari anda semua kpd saya...maafkan sy taw..Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.. Assalamualaikum..






Yang mencari kelembutan dalam kasih sayang yang dianugerahkan Illahi, _NorHayati

Text